Petarung MMA Kena Kecam Tumbang Dengan Nepal Guard

5758 views

Petarung MMA Kena Kecam Tumbang Dengan Nepal Guard|Seorang jejaka berbadan sasa akhirnya ‘tewas’ selepas bergelut dengan beberapa pengawal keselamatan di sebuah kondominium.

Jejaka tersebut, yang didakwa netizen sebagai seorang petarung sukan seni mempertahankan diri campuran (MMA) pada mulanya dilihat bertekak dengan seorang pengawal keselamatan di sebuah kondominium di Subang Jaya sebelum bertindak menendangnya.

Tindakannya itu telah menyebabkan empat pengawal keselamatan lain segera ke tempat kejadian, sebelum mereka mengikat tangan lelaki berkenaan dan menyerahkannya kepada polis.

Video insiden itu telah tular di media sosial dengan ramai yang berpandangan lelaki berbadan sasa berkenaan tidak wajar bertindak sedemikian kerana pengawal keselamatan berkenaan hanya menjalankan tugasnya.

Tidak cukup dikecam di ruangan komen, laman Facebooknya turut menjadi sasaran netizen untuk menyerang dirinya.

Facebook:Darriush Kha Lili

Dalam pada itu, seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Darriush Kha Lili, dipercayai lelaki dalam video tersebut telah tampil memberikan penjelasan mengenai kejadian tersebut.

Dalam penjelasannya, dia mengakui apa kesilapannya dan telah meminta maaf kepada pegawal keselamatan terlibat.

Bagaimanapun dia nampaknya bengang dengan individu yang merakamkan kejadian tersebut.

Berikut adalah paparan skrin penjelasan penuh yang didakwa netizen diberikan oleh lelaki tersebut.

Tags: #Petarung MMA Kena Kecam Tumbang Dengan Nepal Guard