Pesawat Mendarat Cemas Kerana Kentut, Tahi Kambing

805 views

kenPesawat Singapore Airlines dari Sydney ke Kuala Lumpur terpaksa diubah haluan dan mendarat cemas di Bali, Indonesia selepas berlaku amaran kebakaran.

Bagaimanapun, amaran itu ternyata tidak benar apabila sistem pengesan asap pesawat pengangkut SQ-7108 jenis Boeing 747-400 itu tersilap bacaan.

The Aviation Herald melaporkan amaran kebakaran sebenarnya disebabkan oleh gas daripada kentut dan najis kambing biri-biri.

Selain membawa empat anak kapal, pesawat itu turut mengangkut 2,186 ekor kambing biri-biri.

“Perkhidmatan kecemasan tidak menemui sebarang tanda kebakaran, kepanasan atau asap.

“Petunjuk asap itu disebabkan oleh kentut dan najis kambing biri-biri,” menurut laporan itu lagi.

Pesawat itu tiba ke Kuala Lumpur kira-kira 2 jam setengah kemudian selepas berlepas semula dari Bali.