Penjawat awam beranak 3 kantoi kahwin pelajar bawah umur

2764 views

Penjawat awam beranak 3 kantoi kahwin pelajar bawah umur|Seorang penjawat awam yang mendakwa telah berkahwin dengan seorang pelajar bawah umur di selatan thailand awal tahun ini telah diberkas polis kelmarin.

Suspek 52,berasal dari pahang ditahan polis tengah hari kelmarin atas susulan satu laporan polis yang telah di buat oleh ahli keluarga mangsa yang berusia 16 tahun.

Ketua polis ACP Stanley jonathan ringgit mengesahkan tangkapan itu dan berkata kes disiasat mengikut seksyen 376 kanun keseksaan merogol.

Siasatan lanjut masih dijalankan dan kertas siasatan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya di akhir siasatan kelak.katanya.

Dimaklumkan suspek dipercayai mulai menjalin hubungan sulit dengan mangsa mulai pada ogos 2016 lalu.

Mangsa juga pernah dibawa suspek kedalam hotel terkemuka pada 5 ogos 2016 dan mengadakan hubungan intim atas dasar suka sama suka.

Ketika itu mangsa masih lagi berusia 15 tahun dan masih bersekolah di sebuah sekolah menengah konowit.

Pada 14 mac lalu katanya,pengadu 63,nenek mangsa membuat satu laporan orang hilang selapas mangsa bertindak melarikan diri dari rumah.

Namun pengadu terkejut apabila suspek menghantar mangsa pulang ke rumah pada selasa lalu malah mendakwa mereka telah berkahwin di selatan thailand.

Suspek juga membaritahu  mereka bernikah mengikut ajaran islam Narathiwat,thailand pada 4 januari tahun ini tanpa kebenaran dan sepengatahuan ahli keluarga.

Hasil siasatan lanjut yang dijalankan mendapati suspek sudah mempunyai isteri dan tiga anak dan suspek berkhidmat di sebuah jabatan kerajaan mukah

Tags: #bawah umur #beranak 3 kantoi kahwin #Pelajar #Penjawat awam