Pengguna Facebook Minta SKMM Block Page Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.

dr-aznil-maza

 

 Pengguna Facebook Minta SKMM Block Page Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin| Seorang pengguna Facebook membuat aduan kepada  (SKMM) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia,supaya mengambil tindakan terhadap akaun Facebook rasmi Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Dr,Maza)

Aznil Hisham membuat aduan itu kerana mendakwa akaun Dr.Maza.com sering memuatnaik status-status berbentuk tohmahan dan fitnah tanpa disertakan bukti-bukti yang kukuh serta tidak masuk akal.

Beliau turut menggesa masyarakat untuk turut membuat aduan terhadap akaun Facebook tersebut.
“Alhamdullilah, aku dah buat laporan kepada SKMM tentang page Maza. Ko org bila lagi?

“Jom buat aduan beramai2 di : aduanskmm@cmc.gov.my” tulis beliau ketika memuatnaik status Facebooknya semalam.

aznil

Dalam aduan kepada SKMM pada 21 Julai lalu, dia mendakwa sebagai seorang Mufti, Mohd Asri tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang boleh menghasut serta menambahkan kebencian rakyat terhadap pentadbiran kerajaan.

“Beliau adalah public figure yang memegang jawatan sebagai Mufti. Setiap tutur kata beliau menjurus kepada kebencian rakyat terhadap kerajaan. Malah terdapat dakwaan-dakwaan beliau yang agak ‘kurang ajar’ dengan menyamakan kerajaan kini umpama seekor khinzir,” tulisnya dalam aduan itu.

Sambil memuji tindakan SKMM yang bertindak menyekat portal Sarawak Report, dia berharap tindakan sama juga diambil terhadap Facebook Dr Maza.com.

Tags: #Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin #Dr Maza #Page Mufti Perlis #Pengguna Facebook #SKMM