Penganjur Program ‘I Want To Touch A Dog’ Tunjuk Bukti Surat Kebenaran Majlis Agama Islam Selangor

Sekarang ini, sana sini anda akan dengar orang berbicara tentang Anjing tidak kiralah di laman sosial ataupun ketika anda minum teh di kedai mamak. Ini semua angkara program “I Want To Touch A Dog” atau IWTTAD yang dianjurkan pada 19 Oktober lalu di Central Prak, One Utama telah mencetus kontroversi di negara ini selepas pengajurannya mendapat tentangan hebat daripada orang ramai.

Menurut salah seorang penganjur program berkenaan, program tersebut telah mendapat kelulusan daripada MAIS tetapi Mufti Negeri Selangor telah menafikan pihak MAIS telah memberikan kelulusan tersebut. Menurut Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid, pihak MAIS tidak mengeluarkan sebarang surat kebenaran bagi program tersebut tetapi kebenaran dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya(MBPJ) yang mempunyai kuasa untuk memberi kebenaran penggunaan padang awam.

Biarpun ada penafian tersebut, kini telah tersebar meluas di laman sosial tentang satu surat yang didakwa merupakan surat kebenaran oleh MAIS. Gambar tersebut dimuatnaik penganjur, Syed Azmi sendiri di Facebook miliknya pada 9 Oktober lalu dan turut mengatakan telah mendapat kebenaran untuk menganjurkan program itu dan perlu mencari ulama’ pula.

Surat tersebut turut ditandatangani oleh pengerusi MAIS sendiri, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berserta dengan cop rasminya. Di dalam surat tersebut juga ada tertulis tulisan tangan, “Pengajur IWTTAD, untuk makluman, Selamat Maju Jaya”. Sangat fishy right? Heh!

Jadi jika para ulama’ ketika ini mengatakan penganjur jahil ilmu fiqh mazhab Syafie, jahil ilmu ‘uruf, jahil ilmu fitnah khilafatul ‘uruf, jahil ilmu fiqh Aulawiyat dan segala kejahilan yang terkandung di dalamnya, mungkin kita perlu minta penjelasan badan agama yang meluluskan program sebegini sejak dari awal lagi.

Baca: Kejahilan Program ‘I Want To Touch A Dog’

Berikut adalah jawapan penjelasan dari pihak MAIS;

Aktiviti program sentuh anjing tak sama dalam surat permohonan – Pengerusi MAIS

Shah Alam: Aktiviti yang dibawa dalam program ‘Saya Mahu Sentuh Anjing’ yang diadakan Ahad lalu di Central Park, Bandar Utama, Petaling Jaya, tidak seperti yang digambarkan oleh penganjur dalam surat permohonan kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Pengerusinya, Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa, dalam satu kenyataan media hari ini, berkata beliau ada menerima cadangan mengadakan program itu dalam surat bertarikh 3 Oktober lalu dan membincangkannya dengan lebih lanjut dengan seorang daripada wakil penganjur.

“Saya difahamkan niat atau objektif penganjur program adalah untuk memberi pencerahan atau kefahaman mengenai hukum berkaitan kedudukan anjing dari segi perspektif Islam.

“Program ini juga meliputi latihan amali bagaimana hendak melaksanakan penyucian jika terkena atau tersentuh anjing. Mengambil kira objektif yang digariskan oleh penganjur, saya telah berbincang dengan Sahibus Samahah Datuk Mufti Selangor dan menyampaikan kertas cadangan program berkenaan kepada beliau,” katanya.

Mohamad Adzib berkata, dalam surat bertarikh 3 Oktober itu, penganjur memaklumkan objektif program berkenaan adalah untuk memberi persepsi sebenar kepada umat Islam mengenai keperluan untuk menyelamatkan anjing dalam situasi kecemasan seperti kesakitan atau terbiar.

Katanya, penganjur juga menyatakan program itu juga untuk memberi pendedahan mengenai keadaan bagaimana yang mengharuskan umat Islam menjadikan anjing sebagai haiwan peliharaan; kaedah yang betul untuk memegang dan mengendalikan anjing; kaedah untuk menyamak apabila berlaku sentuhan dalam keadaan lembap dengan haiwan itu dan kaedah sertu serta penggunaan sabun yang diperbuat daripada tanah liat untuk tujuan penyucian.

Beliau berkata, Mufti Selangor, dalam surat bertarikh 9 Oktober lalu, pula menerangkan walaupun anjing banyak memberi manfaat kepada kepada manusia, Allah mengharamkan umat Islam untuk menyentuh haiwan itu dengan keadaan orang itu basah dan anjing itu kering, dan sebaliknya.

“Persentuhan ini dianggap sebagai najis berat (mughallazah). Tetapi jika kedua-duanya kering, tidaklah dianggap najis.

“Oleh itu, jika ingin menjadikan anjing sebagai penjaga rumah atau untuk berburu, ia hendaklah ditambat di luar rumah untuk mengelakkan kita terlibat dengan najisnya.

“Perlakuan memegang, memeluk dan mencium oleh orang Islam dengan sengaja seperti yang berlaku pada hari berkenaan amatlah dikesali kerana perlakuan itu bertentangan dengan hukum syarak,” katanya.

Tags: #Agama #Bukti #Dog’ #Islam #Kebenaran #Majlis #Penganjur #Program #Selangor #Surat #Touch #Tunjuk #Want

Author: 
    author