PENDIDIKAN SEKS UNTUK PELAJAR 16 TAHUN DILAKSANAKAN TAHUN DEPAN-MENTERI

0b50253580faee9d8a0bfb12ef21e90f

  PENDIDIKAN SEKS UNTUK PELAJAR 16 TAHUN DILAKSANAKAN TAHUN DEPAN-MENTERI |  Pendidikan seks kepada remaja golongan lelaki lingkungan 16 tahun ke atas akan dilaksanakan tahun depan, menurut Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata modul itu mensasarkan remaja lelaki bagi meningkatkan pengetahuan berkaitan kesihatan reproduktif dan seksual, lapor New Sunday Times.

“Pelaksanaan modul tersebut kelak dapat membendung masalah sosial daripada terus membelenggu perkembangan sesebuah keluarga,” Rohani dilapor sebagai berkata.

Teks ucapan menteri itu dibacakan Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Datuk Dr Siti Norlasiah Ismail.

Statistik kehamilan remaja pada tahun 2013 menunjukkan terdapat lebih daripada 18, 000 kes direkodkan, lapor akhbar itu.

Kaji selidik itu dilakukan kepada remaja berusia antara 10 tahun sehingga 19 tahun.

Negeri yang mencatatkan kehamilan tertinggi adalah Sabah, Sarawak, Johor, Selangor, Perak dan Pahang.

Tags: #BELAJAR SEKS #KPWKM #Menteri #PENDIDIKAN SEKS #SEKS REMAJA