Pencabul Masuk Wad Disepak Wanita

1081 views

Pencabul Masuk Wad Disepak Wanita|Seorang operator kilang berusia 23 tahun bertindak berani apabila menendang motosikal dinaiki seorang lelaki yang mencabulnya di Kampung Cicar, Kuala Ketil dekat sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Syariffuddin Yusof berkata, akibat daripada kejadian itu, suspek kini terlantar di wad Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) setelah motosikal dinaikinya terbabas lalu melanggar tiang elektrik.

“Ketika kejadian, mangsa menaiki motosikal untuk pulang ke rumahnya di kampung tersebut. Dia kemudiannya perasan sebuah motosikal dinaiki seorang lelaki mengekorinya.

“Tanpa diduga, lelaki tersebut menghampirinya dan memegang payudara mangsa. Tindakan itu menyebabkan mangsa terkejut dan bertindak mempertahankan diri dengan menendang motosikal suspek,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Tambahnya, kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan

Tags: #pencabuk disepak wanita #pencabul kena sepak #pencabul masuk wad