Pembunuhan miliki motif dendam

7323 views

Pembunuhan miliki motif dendam|Seorang pensara ditemui meninggal dunia diruang tamu rumah mereka di Taman Bukit Terendak, Sungai Udang, Melaka semalam.

Mangsa pesara Briged 9 Para, Abdul Rahman Pileh, 60, meninggal dunia selepas ditetak dengan parang.manakala isterinya Sabturiah Lakidau, 59, parah dipercayai ditumbuk pada mulut, bawah dagu dan leher selain pergelangan tangan dikelar.

Menurut laporan media semalam kejadian di laporkan sebagai kes bunuh dan samun bersenjata,namun menurut Versi lain salah seorang individu kampung itu yang namanya enggan untuk di dedahkan mengatakan suspek adalah salah seorang  penduduk kampung di situ.

Dimaklumkan suspek dan mangsa memiliki masalah dendam atas kes lama tapi di ungkit semula ketika memiliki pertelingkahan masalah letak kereta di halaman rumah suspek semasa hari raya katanya.

 

Suspek ditahan kira-kira dua jam selepas kejadian di sekitar taman perumahan terbabit.

Sementara itu Mohd Hishamudin Abdul Rahman 29, yang juga pensyarah di Kolej Tentera Udara, Alor Setar, Kedah berkata, terkejut dengan berita itu dia terus memaklumkan kepada ahli keluarga yang lain dan bergegas pulang ke Melaka dengan menaiki bas.

“Saya terus ke Hospital Melaka dan ketika berada di sana, polis ada menunjukkan gambar suspek dan mak mengangguk serta mengenali individu itu katanya.

Tags: #Pembunuhan miliki motif dendam