Pembuli Oku Merengek Ketika Ditahan Polis

399 views

Pembuli Oku Merengek Ketika Ditahan Polis|Polis menahan dua suspek yang membuli dan mencuri telefon pintar serta beg sandang milik seorang remaja orang kurang upaya (OKU) di padang permainan Taman Sri Kluang, Kluang, tengah malam tadi.

Video selama 32 saat mengenai kejadian buli berkenaan menjadi viral di media sosial sejak mula dimuat naik malam tadi memaparkan seorang suspek membuli remaja OKU berkenaan dengan menggunakan kayu di taman permainan itu.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Mohamad Laham berkata, bapa remaja OKU berkenaan membuat laporan polis selepas melihat video anaknya dibuli, petang semalam.

Katanya, dua suspek berusia 20-an itu merengek ketika ditahan tengah malam tadi selepas menerima laporan polis daripada bapa mangsa.

“Polis sudah menahan dua suspek buli berkenaan termasuk yang merakam video itu tengah malam tadi selepas gerakan mengesan mereka dibuat sebaik menerima laporan.

“Kejadian buli berkenaan dipercayai dilakukan suspek pagi semalam di taman permainan Taman Sri Kluang.

“Mangsa yang juga OKU memaklumkan kepada bapanya ketika kejadian suspek mencuri telefon bimbit miliknya, wang tunai RM20 serta beg sandang yang dibawa selepas dibuli dan diugut menggunakan sebatang kayu,” katanya ketika dihubungi.

Mohamad berkata, dua suspek berkenaan direman mulai hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 382 Kanun Keseksaan kerana samun yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda atau sebatan jika sabit kesalahan.

Tags: #Ditahan #pembuli oku