Pemandu lori telor tersepit

231 views

 


Pemandu lori telor tersepit|Kuala Pilah: Seorang pemandu lori membawa muatan telur ayam tersepit 20 minit apabila kenderaan itu merempuh pokok di Kilometer 3, Jalan Melang-Kuala Pilah di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 4 petang, Ng Kia Way, 35, yang memandu bersendirian dalam perjalanan ke Seremban untuk menghantar bekalan telur ayam.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Haslah Bachok berkata, kemalangan berhampiran sebuah stesen minyak itu berlaku dipercayai akibat pemandu hilang kawalan dan terbabas sebelum merempuh pokok di bahu jalan.

“Akibat rempuhan itu, bahagian hadapan lori remuk teruk menyebabkan pemandu tersepit 20 minit dan mendapat khidmat bantuan anggota Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah bagi mengeluarkannya,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Haslah berkata, mangsa yang cedera di kaki kiri dikejarkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah untuk menerima rawatan.

Tags: #Lori #pemadu #telor #Tersepit