Pemain Man United Diarah Ikuti Kelas Bahasa Inggeris

560 views

LOUIS van Gaal telah mengarahkan Antonio Valencia mengikuti kelas bahasa Inggeris walaupun pemain itu telah beraksi untuk Liga Perdana Inggeris sejak lapan musim lalu.

Arahan tersebut merupakan langkah baru pengurus Manchester United itu dalam memastikan kesemua pemain kelab berkenaan hanya bertutur dalam bahasa Inggeris semasa latihan dan perlawanan.

Sebahagian besar pemain United sebelum ini sering bertutur dalam bahasa Sepanyol ketika latihan termasuk perlawanan.

Selain itu, Angel Di Maria, Marcos Rojo, Radamel Falcao, Ander Herrera dan David de Gea turut diarahkan mengikuti kelas bahasa tersebut yang diadakan sebanyak dua kali seminggu.

Di Maria dan Rojo yang tiba di United pada bulan lalu perlu memulakan kelas tersebut pada tahap paling rendah kerana gagal bertutur dalam bahasa Inggeris.

Falcao juga dilihat gagal bertutur dalam bahasa Inggeris dengan baik apabila tidak dapat menjawab soalan wartawan dengan baik ketika majlis memperkenalkan diri.

Tags: #Bahasa #Diarah #Ikuti #Inggeris #Kelas #Pemain #United