Pelanggan Mengamuk Staf Pizza Hut Gelar Dia ‘Pompuan Gemuk’

698 views

Satu perkara yang semua orang patut maklum, kaum wanita sangat sensitif berkaitan hal berat badan apatah lagi jika digelar gemuk.

Tak hairanlah seorang pelanggan wanita mengamuk di laman sosial terhadap Pizza Hut Singapura selepas mendapati dia dirujuk sebagai ‘Pink Fat Lady’ (perempuan gemuk pakai baju merah jambu) oleh kakitangan restoran tersebut pada resit pizza yang dipesannya.

Kejadian berlaku sekitar jam 5.47 petang hingga 6 petang semalam ketika pengguna akaun Facebook Aili Si membeli dua keping pizza di Pizza Hut cawangan Bukit Merah, Singapura.

Aili kemudiannya mengirim aduan tentang perkara ini di akaun FB Pizza Hut Singapore beserta gambar resit dimaksudkan sambil menuntut permohonan maaf daripada kakitangan terlibat dan Pizza Hut.

Pendedahan ini membuatkan Pizza Hut segera memohon maaf kepada Aili dan berjanji akan menyiasatnya. Dia turut diminta menghubungi mereka untuk menyelesaikan perkara ini secara baik.

Dalam pada itu ramai orang mengutuk tindakan pekerja Pizza Hut tersebut yang disifatkan biadap dan tidak sensitif.

Apa pun kami agak mungkin Aili perasan benda ni bila dia dah balik rumah kot?

Sebab kalaulah dia perasan apa yang tertera di resit tu lebih awal, tak mustahil hari ni dah keluar berita ada staf Pizza Hut teruk kena belasah petang semalam rasanya.

Ok, gurau je.. – Webberita | Terkini via mynewshub.cc

Tags: #‘Pompuan #Gelar #Gemuk… #Mengamuk #Pelanggan #Pizza #Staf