PELAKON POPULAR DITAHAN, ROGOL DAN UGUT SEBAR VIDEO LUCAH

1102 views

 

  PELAKON POPULAR DITAHAN, ROGOL DAN UGUT SEBAR VIDEO LUCAH  | Seorang pelakon lelaki yang kini berada dalam tahanan polis kerana disyaki terlibat dalam kes ROGOL seorang gadis. Tambah panas, pelakon lelaki tersebut dikatakan giat mencari para gadis yang berminat untuk menjadi pelakon dengan menawarkan bayaran sejumlah RM500 sebelum ini.

Pelakon1

 

Namun yang pelik dan musykilnya. si pelakon ini dikatakan menemuduga mangsanya di sebuah hotel. Lebih mengejutkan, selepas merogol mangsanya pelakon berkenaan didakwa mengugut pula mahu menyebarkan video mangsa lantas memaksanya memberi RM1,000.

Memang ibarat jatuh ditimpa tangga jadinya.. Sudahlah tak dapat jadi pelakon malah diperkosa dan dipaksa memberi wang pula. Bagaimanapun Rabu lalu, pihak polis berjaya menahan pelakon lelaki berusia 23 tahun berkenaan dan kini siasatan masih dijalankan sama ada terdapat mangsa lain yang telah menjadi mangsa penipuannya, menurut sumber Mynewshub.

Apa pun biarlah pihak polis menjalankan tugas mereka untuk menyiasat sama ada benar atau tidak pelakon ini terlibat dalam kes tersebut.

Tags: #PELAKON POPULAR DITAHAN #Rogol #SEBAR VIDEO LUCAH