Pelajar putus kaki bukan angkara basikal lajak

2324 views

Pelajar putus kaki bukan angkara basikal lajak|Berkaitan viral kes kemalangan jalan raya yang berlaku pada 12/07/2018 semalam di Jalan Air Merbok ke Telaga Bijih, Tanah Merah melibatkan motorsikal Jenis Honda Demak 90cc terbabas sendiri.

Hasil siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berpunca penunggang hilang kawalan lalu terbabas melanggar besi penghadang tepi jalan menghala ke Nibong.

Bagaimanapun, mangsa telah dibawa ke Hospital Tanah Merah pada jam lebih kurang 5.00 petang, Pada jam lebih kurang 11.00 malam Kaki sebelah kiri mangsa yang putus telah ditanam di kubur Lawang Batu Gajah, Tanah Merah. Sehingga kini mangsa masih dirawat di Hospital Tanah Merah dan masih tidak sedarkan diri.

YDH DCP Dato’ Hasanuddin Hassan, Ketua Polis Kelantan memandang serius serta memantau perkembangan kes dan keadaan mangsa terbabit. Jabatan Penguatkuasaan Trafik IPD T. Merah telah buka kertas siasatan dan kes akan disiasat di bawah seksyen 43 APJ 1987.

Peringatan kepada semua Ibu bapa di luar sana agar memantau pergerakan anak masing-masing. Sesungguhnya “malang tidak berbau” jangan jadikan anak-anak anda mangsa korban kemalangan jalan raya.

Tags: #Basikal Lajak #bukan angkara #Kaki #Pelajar putus