Pelajar 13 Tahun Dirogol Pelajar Senior Dalam Stor Sekolah

2171 views

oklop

Pelajar 13 Tahun Dirogol Pelajar Senior Dalam Stor Sekolah|Jasin, Melaka baru-baru ini digemparkan dengan kes seorang pelajar perempuan yang berusia 13 tahun berjaya dirogol oleh dua pelajar senior di sebuah sekolah menengah, di situ.

Kejadian serangan seksual tersebut dilaporkan berlaku Selasa lalu, kira-kira pukul 2.3o petang.

Dalam insiden itu, mangsa yang merupakan tingkatan satu mendakwa diheret masuk ke dalam bilik stor oleh kedua-dua pelajar senior berkenaan sebelum dibogel dan dirogol.

Secara kebetulan, kejadian itu disedari oleh seorang kakitangan pentadbiran yang melalui kawasan berkenaan apabila terdengar bunyi teriakan.

Kakitangan itu kemudian bergegas masuk ke dalam bilik stor itu untuk melakukan pemeriksaan sebelum terperanjat melihat aksi pelajar-pelajar berkenan.

Dua pelajar lelaki itu bagaimanapun dengan pantas bertindak melarikan diri manakala, pelajar perempuan itu dibawa ke pejabat pengetua.

Di bilik pengetua, pelajar perempuan itu menceritakan apa yang berlaku terhadapnya termasuk bagaimana dia dirogol.

Pada keesokan hari, soal siasatan dijalankan dan salah seorang pelajar lelaki difahamkan mengaku melakukan perbuatan terkutuk itu tetapi mendakwa pelajar perempuan tersebut membenarkan perbuatan seksual itu.

Berikutan itu, satu laporan polis dibuat di balai polis Jasin pada Khamis.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim mengesahkan pihaknya telah menahan dua pelajar lelaki berusia 14 dan 15 tahun untuk membantu siasatan kes tersebut.

“Kami sudah hantar gadis itu untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Siasatan sedang dijalankan atas kesalahan rogol statutori,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: The Star

Tags: #Dirogol #Pelajar #Sekolah #senior