Patti Burger Daripada Lalat, Lagi Berkhasiat Dari Burger Biasa?

445 views

pattiSETIAP tahun pada musim hujan, sekumpulan lalat akan berterbangan di sekitar Tasik Victoria di Afrika Selatan.

Penduduk di sana melihat perkara itu sebagai peluang keemasan memandangkan kumpulan lalat itu boleh dijadikan sebagai sumber protein dalam pemakanan harian mereka.

Apa yang dilakukan, masyarakat di sana akan mengumpul lalat-lalat itu kemudian menjadikannya sebagai patti burger untuk santapan.

Menangkap lalat bukanlah satu tugas yang sukar buat mereka, seterusnya apa yang diperlukan cuma periuk dan peralatan menggoreng patti burger unik itu.

Setiap patti mengandungi kira-kira 500,000 lalat yang mana mereka mendakwa patti yang dimakan mereka tujuh kali lebih berkhasiat daripada patti daging lembu biasa.