Pasangan Gay Muslim Pertama Selamat Menikah

9781 views

Pasangan Gay Muslim Pertama Selamat Menikah|Sepasang kekasih Muslim di England bernikah setelah 2 tahun menjalin hubungan percintaan, dan diklasifikasikan sebagai gay Muslim pertama bernikah di negara itu.

Pasangan gay yang dikenali sebagai Jahed Choudury berusia 24 tahun, dan suaminya Sean Rogen 19 tahun berjaya dinikahkan di Pejabat Pendaftran Walsall sambil mengenakan pakaian tradisional dari Jahed.

Sebelum pertemuan dan perkenalan mereka, Jahed yang juga sememangnya menyukai kaum sejenisnya pernah mendapat tentangan dan ejekan dari orang di sekeliling termasuk ahli keluarganya kerana nalurinya yang menyukai lelaki.

Untuk mengelak dari Jahed terus terjebak dengan perilaku yang cukup bertentangan dengan ajaran agama anutan keluarganya iaitu Islam, keluarganya lalu menghantarnya ke Mekah untuk mengerjakan Umrah dengan harapan dia kembali ke pangkal jalan setelah pulang ke pangkuan keluarganya. Namun usaha mereka ternyata sia-sia.

Kerana tertekan dengan kutukan dari keluarganya, Jahed sempat untuk mengambil ubat-ubatan terlarang dengan tujuan menamatkan riwayatnya serta merta, tetapi niat tersebut dibatalkan.

Bukan itu sahaja, rakan-rakannya ketika bersekolah tinggi juga sering melakukan serangan psikologi ke atasnya sehingga ada yang sanggup meludah dan memanggilnya “babi”.

 

Menurut Jahed lagi, dia ingin buktikan kepada dunia bahawa Muslim gay “mampu” untuk berkahwin dengan sesama jenis.

Tags: #Pasangan Gay Muslim Pertama Selamat Menikah