‘Panggil Syaitan’ Kegilaan Terbaru Internet?

551 views

panggi;SUATU cabaran baharu yang dikenali sebagai ‘Charlie Charlie Challenge’ yang viral di laman mikro Twitter pada akhir minggu lalu menyaksikan ramai pelayar teruja untuk mencubanya.

Menurut Mirror, dua batang pensel dan kertas yang ditulis dengan ‘ya’ dan ‘tidak’ diperlukan untuk memanggil syaitan yang dikenali sebagai ‘Charlie’.

Cabaran tersebut yang hampir menyerupai pemujaan menggunakan papan permainan Ouija dikatakan menakutkan beratus-ratus pelayar yang bertindak merakam aksi mereka ‘memanggil syaitan’.

Beberapa gangguan seperti jeritan dan bisikan halus, cermin pecah dikatakan mengganggu mereka yang mencuba cabaran ini.

Bagaimanapun, cabaran ini dianggap palsu dan hanya wujud untuk menakutkan pelayar-pelayar laman sosial.

Menurut seorang pakar paranormal, Neil Dagnall berkata, ‘memanggil syaitan’ bukan satu perkara baharu.

“Ianya pelik, dan bukan jenis pemujaan yang saya pernah ketahui. Ia variasi dari pemujaan menggunakan papan Ouija,” jelasnya.

“Pelayar saksikan perkara ini berlaku di internet, dan mereka mahukan sesuatu terjadi.

“Bila kita mahu ia terjadi, kita mula mengaitkan perkara yang berlaku di sekeliling kita dengan pemujaan tersebut,” katanya yang berasal dari Manchester Metropolitan University.

Menurutnya lagi, Charlie Charlie Challenge hanyalah ‘mainan akal’.

“Cabaran ini menjadi popular kerana media sosial,” akhiri beliau.