Padah Goyang Adik Ipar Hingga Mengandung

826 views

Padah Goyang Adik Ipar Hingga Mengandung|BURUH dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan 10 sebatan di Mahkamah Sesyen Kuala Terenggangu, hari ini kerana merogol adik iparnya sehingga mengandung.

Keputusan itu dibuat Hakim Azman Mustapha selepas tertuduh, 42, dari Batu Buruk, Kuala Terengganu mengaku salah atas pertuduhan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan kerana merogol.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa yang ketika kejadian berusia 15 tahun di sebuah rumah di Batu Buruk antara 2 petang hingga 3 petang pada 24 Mei 2016 hingga 30 Mei 2016.

Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun serta dikenakan tidak kurang 10 kali sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Nur Zafirah Rosli.

Tags: #adik ipar #goyang #Hingga #Mengandung #Padah