Ozlyn: Kami Bukan Nak Menunjuk

1014 views

MINGGU lalu pelakon Ozlynn dikritik hebat apabila memuat naik gambar suaminya Johan (Raja Lawak) bersama anak-anak mereka sedang mengerjakan solat, menerusi laman sosial Instagram miliknya bersama Johan.

Gambar tersebut telah disalah erti segelintir pihak yang mengatakan mereka hendak menunjuk-nunjuk, sehingga menimbulkan perbalahan di antara peminat dan ‘hatters’ mereka.

Mengulas mengenai perkara tersebut, Ozlynn berkata, dia tidak ambil pusing terhadap sebarang kritikan negatif.

“Apa sahaja komen baik positif atau negatif daripada pengikut Intagram, kami mengambil pendekatan untuk tidak melayaninya kerana ia hanya akan mencetuskan kontroversi.

“Pada kami, sekurang-kurang kami berjaya tunjukkan contoh yang baik pada pengikut-pengikut dan tidak salah berkongsi benda yang baik,” katanya yang ditemui ketika majlis sidang media Tribute P. Ramlee, di Menara KL baru-baru ini.

Ozlynn yang kini hamil tujuh bulan mengakui pada awalnya, laman Instagram milik mereka itu ‘diprivasikan’, namun apabila ramai peminat ingin mengikuti perkembangan, mereka membuka sekatan itu.

“Bila Instagram tu tak lagi ‘private’, kami perlu bersedia berhadapan dengan apa sahaja kritikan apabila kongsi aktiviti atau perkara peribadi yang kami muat naik,” katanya meminta agar hak peribadinya lebih dihormatinya. – Sinar Harian

Tags: #Bukan #Kami #Menunjuk #Ozlyn