Nota Terakhir, Dedah Punca Kematian Pelajar Cemerlang 10A

1214 views

Nota Terakhir, Dedah Punca Kematian Pelajar Cemerlang 10A|Ia sesuatu yang amat menyedihkan apabila seseorang itu memilih untuk membunuh diri sedangkan mempunyai masa depan yang amat cerah menanti di hadapan mereka.

Baru-baru ini, seorang pelajar wanita maut selepas terjun dari tingkat 14, pangsapuri Templer, Jalan Tun Dr. Ismail, di sini, dipercayai kerana mengalami kemurungan yang melampau.

Lapor portal NST, mayat wanita berkenaan yang dikenali sebagai Lin Jianying, 21 ditemui oleh penduduk pangsapuri itu selepas terdengar bunyi dentuman dari tingkat bawah kira-kira jam 8.50 malam semalam.

Difahamkan, Lin merupakan seorang pelajar cemerlang dan mendapat keputusan 10A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sebelum ini dia pernah bercita-cita ingin menjadi seorang guru.

Mangsa sebelum itu diterima untuk menyambung pelajaran di sebuah institusi pengajian tinggi di Kedah namun dikatakan mengalami kemurungan, membuatkan dia dipindahkan di institusi yang lain di Seremban.

Bimbang dengan keadaan Lin, ibu bapanya telah memasang aplikasi GPS pada telefon bimbit anak perempuan mereka itu agar kedudukannya dapat dikesan sepanjang masa.

Namun pada Isnin bersamaan 2 April, ibu bapanya mendapati Lin berada di pangsapuri berkenaan, lalu menghubungi Lin untuk memeriksa keadaannya.

Lin menjawab panggilan itu dan berbohong bahawa dia ada bersama dengan beberapa orang rakannya.

Selepas beberapa ketika, mereka cuba menghubungi Lin, namun gagal dan mereka mula bimbang dengan keadaan dan keselamatan anak perempuan mereka itu.

Mayat Lin kemudian ditemui berada di tingkat bawah dan dipercayai terjun dari tingkat 14 selepas dihubungi oleh ibu bapanya.

Lin juga meninggalkan nota terakhir yang mengatakan dia teringin menamatkan kehidupannya, malah juga berkata:

“Jika anda menemui saya dalam keadaan masih hidup, tolong suruh doktor jangan selamatkan saya.”

Turut ditulis dalam nota itu Lin takut dia mengecewakan ibu bapanya dan dirinya berada dalam keadaan tertekan kerana tidak dapat fokus pada pelajarannya dengan baik.

Lin juga mendoakan ibu bapanya mempunyai kehidupan yang baik selepas pemergiannya dan berterima kasih kerana membesarkannya serta meminta abangnya menjaga ibu bapa mereka.

Lin juga mahu organnya didermakan kepada mereka yang memerlukannya.

Tags: #BUNUH DIRI #Cemerlang 10A #Dedah #Kematian Pelajar #Nota Terakhir #punca #terjun bangunan