Niat Dan Cara Qadakan Solat Fardhu 5 Waktu

2591 views
Foto : by starmat

Foto : by starmat

Meninggalkan solat adalah dosa besar. Oleh itu mereka yang meninggalkan solat secara sengaja ataupun tidak sengaja dan tanpa keuzuran, maka  hendaklah mengantikan solat tersebut.

Firman ALLAH SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang yang beriman, yang tertentu waktunya.” (Surah An-Nisa’ : 103)

Cara mengantikan sama seperti solat fardhu. Contoh sekiranya tertinggal solat Asar yang mempunyai 4 rakaat, jadi solat qada bagi solat Asar juga sama.

Yang membezakan adalah niat.

Niat Qada solat bagi solat fardu 5 waktu seperti berikut :

  1. Maghrib:

“Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat qadha’ kerana Allah Ta’ala”

 

  1. Solat Isyak:

“Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat qadha’ kerana Allah Ta’ala”

 

  1. Solat Subuh:

“Sahaja aku Solat Fardu Subuh dua rakaat qadha’ kerana Allah Ta’ala”

 

  1. Solat Zuhur:

“Sahaja aku solat fardu Zuhur empat rakaat qadha’ kerana Allah Ta’ala”

 

  1. Solat Asar:

“Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat qadha’ kerana Allah Ta’ala”

Waktu yang sesuai untuk solat Qada adalah sebaik sahaja tersedar dari lupa atau tidur. Hendaklah solat Qada segera dilakukan. Waktu solat Qada tidak terbatas. Boleh dibuat bila-bila masa sahaja diluar waktu solat tersebut.

Contohnya anda tertinggal solat Zohor, jadi boleh Qadakan solat Zohor dalam waktu Asar atau waktu-waktu lain.

sumber – http://asyrafkhalib.blogspot.com/

Tags: #cara qadakan solat #cara solat qada #niat solat qada #solat qada