Ngeri! Mangsa Terperangkap Runtuhan Karak Kongsi Cerita Detik Cemas

seram

Ngeri! Mangsa Terperangkap Runtuhan Karak Kongsi Cerita Detik Cemas|Delam kejadian tanah runtuh dia lebuh raya karak pada malam rabu lalu di kabarkan ada beberapa kereta terperangkap dalam runtuhan tersebut.

Termasuklah salah satu kereta jenis mini cooper dimana di dalam terdapat seorang ayah dan juga anak yang terperangkap yang terpaksa menahan lapar sebelum selamat.

Naimran, 37, dan bapa, Ibrahim Mohd Yunos, 62, dalam perjalanan ke Kuantan dari Seremban bagi melawat cawangan terbaru kedai mereka, kadlawo.com yang dibuka di Kuantan.
Namun, ketika memandu di Karak, Naimran terlihat sebuah lori tangki minyak di depannya tiba-tiba terbabas ke kiri pada jam 7 malam.

“Kami fikir berlaku kemalangan kerana jalan yang agak licin,” katanya. Naimran dan pemandu-pemandu lain kemudiannya memberhentikan kenderaan sebelum kedengaran hon dibunyikan.

“Apabila kami berhenti, kami menyedari limpahan lumpur mengalir dari atas bukit di sebelah kanan.

“Aliran lumpur menolak lori tangki itu ke hujung jalan dan ia mula datang ke arah kereta kami.

“Saya panik dan keliru sama ada saya patut meninggalkan kereta saya atau mengundurkannya. Saya cuba mengundurkan kereta saya tetapi terlalu banyak kereta dibelakang,” katanya memetik laporan dari mStar Online.

“Bapa saya kemudiannya menjerit: “Tinggal! Tinggal! Tinggal! Lari! Lari! Lari!”, kata Naimran.

Sebaik sahaja mereka membuka pintu kereta, limpahan lumpur sudah setinggi kira-kira sekaki.

Mangsa yang terperangkap dibantu oleh sebuah lori tentera yang berada berhampiran dan beberapa anggotanya. Naimran dan bapanya berjaya keluar dari lokasi kejadian kira-kira pukul 2 pagi.
“Kami menggunakan laluan lain menuju ke Genting Sempah untuk mendapatkan sedikit makanan kira-kira pukul 3 pagi,” katanya. Mereka kemudian dapat menikmati mi sup dan kopi panas dan bermalam di sebuah surau di sana.

Mini Cooper milik mereka kemudian ditunda ke Kuantan menggunakan sebuah trak tunda yang datang kira-kira 7.30 pagi Khamis.

Sebuah trak tunda datang kira-kira pukul 7.30 pagi Khamis untuk menunda kereta Mini Cooper miliknya ke Kuantan.

Tags: #mangsa runtuhan cerita detik cemas #runtuhan karak #tanah runtuh

Author: 
author