Nenek Tawar RM1,000 Cari Cucu Yang Hilang

445 views

Demi mencari cucunya yang hilang, seorang nenek yang menggunakan nama facebook Yong Gayah sanggup memberikan ganjarang RM1,000 bagi sesiapa yang membantunya sehingga cucunya ditemui.

Status yang dimuat naik oleh Yong Gayah pada 14-September berbunyi seperti berikut :

Saya kehilangan cucu bernama Fatin@Baby berusia 15 tahun..mohon beri maklumat dan sebarkan kepada orang ramai.. Sesiapa yang dapat memberi maklumat hingga menjumpai anak iniā€¦akan di berikan ganjaran RM1000.

Menurut apa yang diceritakan oleh Yong Gayah, cucunya yang bernama Fatin atau Baby hilang sejak dua hari lalu di Teluk Intan, Perak.

Bagi sesiapa yang mempunyai maklumat tentang remaja perempuan ini, diminta menghubungi Yong Gayah di laman Facebooknya : https://www.facebook.com/yong.gayah

Berikut dilampirkan beberapa gambar Fatin atau Baby :

Tags: #'Hilang' #Cari #Cucu #nenek #RM1000 #Tawar #Yang