Neelofa dakwa orang Malaysia kurang pengetahuan tentang fesyen

355 views

Neelofa dakwa orang Malaysia kurang pengetahuan tentang fesyen|Digelar terdesak ingin menjadi ‘Fashion Trendsetter”, Neelofa tidak kisah cakap-cakap orang mengenai penampilannya baru-baru ini, yang mengenakan baju besar berwarna oren berserta dengan pouch bag besar di pinggang.

“Terus terang saya katakan, saya suka persalinan itu. Pernahkah saya peduli dengan apa orang cakap? Kritikan mereka tidak sedikitpun menjejaskan saya. Ini bukan kali pertama saya dikutuk, malah sudah lali”

“Saya bangga memperagakan persalinan itu dan rasa lucu bila ada yang cakap, saya menjadi mangsa fesyen. Tahun ini, aliran fesyen lebih tertumpu kepada konsep ‘cover up’. Orang tidak faham dan mereka hanya tahu mengecam”

Bagi seorang yang sentiasa mengikuti perkembangan dunia fesyen, Neelofa berkata, fesyen sebegitu kini sedang hangat di negara Eropah. Jelasnya, mungkin kurang pengetahuan dari dunia fesyen menyebabkan orang ramai mengecamnya.

“Sebagai seorang yang sentiasa didedahkan dengan fesyen yang menutup ini, patut berasa bangga. Saya tidak salahkan mereka, cuma mungkin mereka kurang arif kerana fesyen itu sangat subjektif,” jelasnya.

Penampilan Neelofa pada sebuah acara fesyen itu mendapat kritikan hebat, hingga digelarkan tuala mandi, nenek ke sawah dan bermacam lagi. Memang susah nak puaskan hati semua pihak ya.

Tags: #dakwa orang Malaysia #Kurang #Neelofa #pengetahuan #tentang fesyen