NASI LEMAK PUNYA PASAL 80 BUDAK TAHFIZ DIMASUKKAN KE HOSPITAL

1087 views

LEMAK

NASI LEMAK PUNYA PASAL 80 BUDAK TAHFIZ DIMASUKKAN KE HOSPITAL|Klang: Seramai 80 pelajar, pengetua dan guru pusat tahfiz Darul Tahfiz Ummul Qura, Jalan Kebun, dekat sini dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) selepas keracunan makanan dipercayai kerana makan nasi lemak malam kelmarin.

Nasi lemak berkenaan disedekahkan orang ramai kepada pusat tahfiz berkenaan.

Timbalan Pengetua pusat tahfiz itu Marzuki Ismail, 42, berkata, hampir semua pelajar mengadu sakit perut dan cirit birit mulai tengah hari semalam.

13850_820589667990251_1154775293661778468_n

11145563_820589681323583_9189521068867777054_n

Katanya, mereka kemudiannya dibawa ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan.

“Bagaimanapun pelajar dan guru mengalami cirit birit yang teruk sebelum mereka dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Sehingga hari ini mereka semua masih mendapatkan rawatan di sini (HTAR).

“Pengetua Abd Rasul Rahman, 61, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas cirit birit selain ada beberapa penyakit lain.

“Keracunan ini dipercayai berpunca selepas mereka menikmati nasi lemak yang disedekahkan orang ramai,” katanya.

Oleh Fuad Hadinata Yaacob
am@hmetro.com.my

Tags: #80 BUDAK TAHFIZ DIMASUKKAN KE HOSPITAL #BUDAK TAHFIZ KERACUNAN MAKANAN #NASI LEMAK PUNYA PASAL