Nasi Goreng Untuk Tok

574 views

Nasi Goreng Untuk Tok|Remaja lelaki maut manakala rakannya parah selepas motosikal dinaiki kemalangan dengan kereta di jambatan Kuala Temin, Mukim Jeneri, Sik, kira-kira 9 malam tadi.

Allahyarham Muhammad Shahmie Suhaili, 14, membonceng motosikal ditunggang rakannya, Muhammad Haikal Yahya, 14 , yang ketika itu bergerak dari Gajah Putih menghala ke Jeneri.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Mohd Ismail Ibrahim, berkata siasatan awal mendapati kejadian apabila motosikal dinaiki dua sahabat itu bertembung dengan kereta dari arah bertentangan.

“Remaja lelaki yang juga pembonceng meninggal dunia di tempat kejadian. Pemandu kereta tak cedera. Kes kini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Briged Sukarelawan 1 Malaysia (BS1M), Mahadzir Abdul Hamid, berkata kedua-dua sahabat itu dikatakan ke gerai makan dekat dengan rumah arwah Muhammad Shahmie.

Mahadzir yang juga Adun Jeneri, berkata beliau difahamkan kedua-duanya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli nasi goreng yang dipesan nenek kepada seorang daripada mereka.

“Gerai makan itu tak jauh dari rumah mereka. Kemalangan berlaku ketika mereka hendak balik,” katanya.

Menurutnya, dirinya bersama 12 anggota BS1M tiba di lokasi empat minit kemudian, mengawal keadaan dan turut membantu mangsa.

Tags: #Nasi Goreng Untuk Tok

loading...