Nama Timangan “Lara” Anak Scha dan Awal Dikritik Peminat

853 views

Wajah cahaya mata pertama Scha dan Awal masih menjadi rahsia hingga kini. Ialah mereka hanya keluarkan teaser sahaja di Instagram. Gambar tapak kaki la, gambar jari la, gambar telinga la tak pernah nampak gambar penuh. Ianya sebenarnya baik kerana bayi yang baru lahir tak perlulah disebarkan gambarnya secara berluasa tapi dah pastinya ianya mendatangkan rasa meluat golongan haters yang menyibuk ni.

Terbaru, apabila Scha dan Awal menamakan bayi mereka sebagai “Lara” di Instagram, ramai juga yang marah kerana maksud Lara tu membawa erti berduka atau sengsara dalam kefahaman kita di Malaysia. Apapun ada peminat mereka yang berkongsi Bahasa Latin, Ukraine dan Rusia yang mana Lara membawa maksud terkena, perlindungan dan anggun.

Tapi apapun sebagai ibu-bapa, tentulah Scha dan Awal tahu apa yang terbaik untuk anak dia. Tak perlulah kita yang tak kena mengena ni menyibuk lebih-lebih. Cukuplah sekadar doakan yang terbaik buat mereka sekeluarga. Sekarang kita tunggu sahajalah apa nama penuh anak mereka.

Oh! Media: Mungkin nama penuh anak dia Manjalara kot 😛

Tags: #Anak #Awal #Dikritik #Lara #Nama #Peminat #Scha #Timangan