MURID SEKOLAH MAUT DILANGGAR LORI MBSA.

5199 views

MURID SEKOLAH MAUT DILANGGAR LORI MBSA.|Seorang murid sekolah rendah Seksyen 27(1) dilaporkan maut apabila sebuah lori sampah yang tertera logo dan tulisan MBSA yang memandu laju telah melanggar hingga mati kanak-kanak tersebut ketika melintas jalan.

Pemandu lori tersebut yang juga WARGA ASING (bangladesh) telah melarikan diri setelah kejadian tersebut.

Nitizen mengecam kejadian ini dan mempersoalkan bagaimana pihak kontraktor MBSA boleh membenarkan pemandu bukan warganegara Malaysia dan juga tiada lesen untuk memandu lori sampah.

Seorang penduduk En Hairi yang ditemubual melahirkan rasa kesal atas kejadian yang menimpa dan meminta pihak bertanggungjawab mengambil tindakan tegas agar kejadian yang sama tidak berulang dimasa akan datang.