Morales Menang Pilihan Raya Presiden Di Bolivia

556 views

LA PAZ – Evo Morales menang besar dalam pilihan raya presiden di Bolivia bagi penggal ketiga, demikian menurut tinjauan undi yang disiarkan oleh stesen televisyen Unitel.

Tinjauan undi itu menunjukkan Morales, seorang tokoh terkemuka dalam blok sosialis dan anti pemimpin Amerika Syarikat di Latin Amerika, menang 61 peratus daripada undi.

Pencabar terdekatnya, Samuel Doria Medina, menang 24 peratus. – REUTERS

Tags: #Bolivia #Menang #Morales #Pilihan #Presiden #Raya