Kanak-kanak 2 tahun gaib gemparkan penduduk

1442 views

Kanak-kanak 2 tahun gaib gemparkan penduduk|Ghaib. Itu ungkapan paling tepat untuk menggambarkan misteri kehilangan seorang kanak-kanak berusia dua tahun di sini semalam, yang menggemparkan penduduk di sekitar Simunjan.

Mangsa Desmen Davei, 2 tahun dilihat pada kali terakhir sekitar jam 1 tengah hari semalam ketika didudukkan di atas sofa rumah selepas dimandikan oleh neneknya.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii, sekembalinya nenek mangsa ke kerusi berkenaan, mangsa didapati lesap, dan tidak kelihatan di dalam rumah.

“Seluruh ahli keluarga kemudian berusaha mencari mangsa.

Bagaimanapun pencarian mangsa menemui jalan buntu hingga mereka terpaksa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Simunjan.

Kata Ling Hii, pihaknya menerima panggilan sekitar jam 6.48 petang semalam dan sebuah kenderaan pacuan empat roda Hilux, dengan kekuatan enam anggota dikejarkan ke lokasi di Kampung Ruan Baru, dekat sini.

“Proses mencari dan menyelamat diteruskan sekitar jam 9.09 pagi ini

di kawasan rumah dan hutan berdekatan, bagaimanapun gagal menemui petunjuk.

Pihak bomba, polis dan penduduk kampung katanya, turut melakukan pencarian pada jarak radius 2 kilometer, namun setakat ini mangsa masih belum ditemui.

Tags: #2 tahun #gaib #gemparkan #kanak-kanak #Penduduk