Menteri Singapura Lawat Terengganu Perkukuh Hubungan

300 views



SINGAPURA – Menteri Negara Kanan Hal Ehwal Luar dan Dalam Negeri Singapura, Masagos Zulkifli akan membuat lawatan kerja dua hari ke Terengganu mulai hari ini.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Hal Ehwal Luar Singapura menyatakan lawatan itu adalah sebahagian daripada usaha republik itu untuk memperkukuh hubungan antara Singapura dan negeri-negeri di Malaysia, termasuk untuk mempromosi hubungan ekonomi lebih erat dan melakukan pertukaran sesama rakyat.

Masagos dijadual menghadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Chendering.

Beliau juga akan mengunjungi Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman, selain bertemu anggota dewan perniagaan dan industri Melayu dan Cina.

Beliau akan turut diberi taklimat oleh Unit Perancangan Ekonomi Negeri dan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur. – BERNAMA

Tags: #hubungan #Lawat #Menteri #Perkukuh #Singapura #Terengganu