Mengenal Unit Pembunuh Elit Mossad

269 views

Mengenal Unit Pembunuh Elit Mossad|Pada 2 Oktober tahun lalu, ketua badan perisikan rejim Zionis, Mossad, mendedahkan agensi itu melaksanakan beratus ribu operasi di negara asing setiap tahun termasuk melalui penyamaran ejen mereka menggunakan passport palsu.

Pengarah Mossad, Yossi Cohen ketika berucap di sambutan meraikan operasi agensi itu, mengakui operasi dijalankan di negara asing berdepan dengan kesulitan dan perlu dilakukan secara berani mati.

Awal pagi Sabtu Dunia dikejutan dengan penembakan pensyarah Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UniKL BMI) Dr Fadi M R Albatsh Fatma, 35.

Dua suspek terlibat dalam kejadian itu dipercayai menunggu kira-kira 20 minit untuk mangsa keluar dari Kondominium Idaman Puteri, Jalan Meranti, Taman Medan, Kuala Lumpur kira-kira jam 6 pagi Sabtu.

 

Lebih 10 das tembakan dilepaskan suspek dengan empat daripada tembakan kena pada kepala dan badan mangsa menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian.

Ketua Jihad Islam Palestin, Khaled al-Batash dalam satu kenyataan mendakwa pembunuhan pensyarah itu, didalangi Mossad.

Pelbagai portal berita termasuk milik Israel seperti Haaretz, The Times Of Israel dan The Jerusalem Post turut menyiarkan kenyataan Khaled yang mendakwa dua lelaki berkenaan adalah ejen Mossad.

Khaled dalam kenyataan seperti dilaporkan Haaretz menyatakan Fadi adalah jurutera Palestin dan terbabit dalam pergerakan pejuang Hamas.

Katanya, Fadi pernah menetap di Jabalia, utara Semenanjung Gaza sebelum berhijrah ke Malaysia pada 2011 dan bekerja sebagai pensyarah di UniKL BMI.

“Pembunuhan Fadi yang juga jurutera Palestin adalah satu pembunuhan terancang oleh Mossad. Dia seorang pakar dalam bidang penggunaan tenaga dan sudah banyak menyumbang terhadap bidang kejuruteraan elektrik serta pengeluaran tenaga khususnya di Palestin.

“Kami percaya, kerana kepakaran dimiliki dan sumbangannya, dia menjadi sasaran pembunuhan ejen Mossad,” katanya yang turut memaklumkan pensyarah itu sepatutnya menghadiri persidangan sains berkaitan penggunaan tenaga di Turki, esok.

JURUTERA DIBUNUH EJEN MOSSAD

Menurut laporan itu lagi, pada Disember lalu, seorang jurutera penerbangan Palestin yang mahir dalam pembinaan dron, Mohammed Zawahri turut dibunuh ejen Mossad ketika berada di Sfax, Tunisia.

Sebelum dibunuh, Zawahri tinggal di beberapa negara, namun mempunyai hubungan rapat dengan pergerakan pejuang Hamas.

Kesemua pembunuhan kejam dilakukan ejen Mossad adalah atas keizinan kepimpinan rejim Zionis.

OPERASI BUNUH MOSSAD

Mengimbau kembali, media Russia, Sputniknews pernah melaporkan beberapa operasi haram Mossad di negara asing antaranya pada 2010 apabila tiga ejen agensi Zionis itu menggunakan pasport palsu Australia untuk memasuki Dubai bagi membunuh ketua Hamas, Mahmoud al-Mabhouh.

Penggunaan ejen bagi membunuh sasaran di negara asing paling diperkatakan melibatkan Mossad adalah selepas serangan terhadap atlet Israel di Sukan Olimpik 1972 di Munich, Jerman oleh sebuah kumpulan pengganas menggelar diri mereka, Black September.

Mossad ditubuhkan pada 1948.

Mossad merupakan agensi perisik Israel. Ia bertugas untuk mengumpul dan bertindak berasaskan maklumat risikan dari kesegenap negara-negara yang dianggap mengancam negara Israel, terutamanya jiran-jirannya negara-negara Arab.

Mossad juga boleh disamakan dengan CIA dari Amerika Syarikat atau MI6 dari United Kingdom.

Agensi Perisik Mossad ditubuhkan pada 13 Disember 1949 atas nasihat Reuven Shiloah kepada Perdana Menteri Israel , David Ben-Gurion. Shiloah mahu sebuah institut penyelerasan pusat yang boleh membaiki perkhidmatan keselamatan , menyelaras antara perisik tentera (AMAN) dengan Perkhidmatan keselamatan awam( Shin Bet). Pada Mac 1951, ia telah disusun semula sebagai sebahagian dari jabatan Perdana Menteri dan membuat laporan terus kepada Perdana Menteri. Jumlah kakitangannya sekarang ialah 1200 orang sahaja.

Ibu pejabat Mossad terletak di bandar raya Tel Aviv . Mossad adalah sebuah perkhidmatan awam, bukan organisasi tentera. Tetapi kakitangannya pernah bertugas dengan Pasukan Pertahanan Israel. Terdapat 8 jabatan berlainan fungsi di dalamnya.

Perisik diambil dari pelbagai peringkat di luar negara, termasuklah pegawai diplomat dan bukan pegawai tak rasmi. Mereka bertindak dan bergerak seperti CIA. 30 daripada 40 operasinya bergerak di Eropah Timur dan Timur Tengah.

Pegawai perisik lapangan dipanggil Katsas. Sementara Jabatan Operasi Khas dipanggil Metsada atau Kidon. Metsada terlibat dalam pembunuhan tokoh tertentu, operasi separa tentera, sabotaj dan perang saraf.

Perang Saraf sangat berkait dengan pegawai diplomat dan media massa yang dipanggil Jabatan Psikologit Lochamah.

Mossad sentiasa berusaha meningkatkan reputasi sebagai agensi perisikan terhandal di dunia melebihi CIA , KGB mahupun M16. Taktik penculikan dan pembunuhan selalu digunakan bagi menjaga survival Israel.

 

MEREKA DIBUNUH MOSSAD

Antara pembunuhan kejam dikaitkan dengan agensi Mossad berlaku pada 1987 di Tunisia di tempat tinggal pemimpin Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) Khalil Al Wazir atau dikenali sebagai Abu Jihad.

Operasi dikatakan melibatkan kira-kira 30 ejen, yang tiba di pantai Tunisia menggunakan bot kecil. Beberapa dari mereka menyamar sebagai pelancong ketika menuju ke kediaman orang kuat Yasser Arafat itu.

Beberapa ejen turut menyamar dengan pakaian tentera Tunisia manakala ketika operasi dilakukan, sebuah pesawat Boeing 707 milik Israel melakukan penerbangan di kawasan itu untuk menyekat isyarat telekomunikasi di kawasan sasaran.

Skuad pembunuhan itu kemudiannya memecah masuk rumah Khalil dan membunuh tanpa belas kasihan beberapa pembantu rumah sebelum menghalakan senjata mereka ke arah Khalil dan melepaskan 70 tembakan ke arah sasaran di hadapan isteri dan anak mangsa.

Pada Oktober 1995, anggota kumpulan Islamik Jihad Palestin, Fathi Shihaki dibunuh di Malta. Pembunuhnya menaiki motosikal dan menembak Fathi di kepala sebanyak tiga kali.

Tak lama selepas itu, dunia didedahkan dengan laporan bahawa operasi pembunuhan itu sudah dirancang secara teliti bagi tempoh yang lama. Malah, motosikal yang digunakan dicuri dua bulan sebelum itu. Dianggarkan, sekurang-kurangnya 12 ejen Mossad terlibat dalam operasi pembunuhan itu. Kesemuanya bagaimanapun lesap begitu sahaja selepas pembunuhan itu.

Pada lewat 1995, pembuat bom Hamas, Yehiyeh Ayyash yang turut digelar ‘Si Jurutera’, dibunuh di sempadan Gaza apabila telefon sel yang digunakan sebagai jerangkap samar meletup. Ia dipercayai dilakukan oleh ejen Mossad.

Perancangan untuk membunuh Yehiyeh dilakukan dengan teliti termasuk mendapatkan kerjasama dari rakan sasaran sendiri.

Berikutan pembunuhan Perdana Menteri Israel, Yitzhak Rabin dipercayai turut melibatkan Yehiyeh sebelum itu, agensi keselamatan dalam negeri Zionis, Shen Bat atau dikenali sebagai Shabak, menggerakkan seorang anggota operasinya untuk menemui bapa saudara rakan Yehiyeh, Kamil Hamad.

Kami adalah bapa saudara kepada Osama Hamad, rakan sejak kecil Yehiyeh.

Pada Oktober 1995, anggota operasi Shi Bet menyerahkan sebuah telefon bimbit kepada Kamil kononnya ia sudah dipasang pengesan suara namun ia sebenarnya dilengkapi 15 gram bahan letupan RDX.

Kamil, dikatakan ghaib selepas dikatakan menerima US$1 juta dari rejim Zionis, satu pasport palsu dan visa ke Amerika Syarikat.

Pada September 2004, seorang lagi anggota Hamas, dipercayai Izz Eldine Subhi Sheik Khalil menemui ajal di Damascus apabila bom di bawah keretanya meletup. Izz Eldine bertanggungjawab merancang operasi ketenteraan Hamas.

Pada September 1997, di Amman, Jordan, dua ejen Mossad menyamar sebagai pelancong Kanada cuba membunuh pemimpin Hamas, Khaled Mashal menggunakan racun agen saraf yang boleh membunuh melalui kulit manusia. Serangan itu gagal dan pengawal pengiring Khaled berjaya mengejar kedua-dua ejen itu dan menyerahkannya kepada polis Jordan.

 

 

 

Tags: #Elit Mossad #mengenal #Unit Pembunuh