McDonald’s Malaysia Terus Nafi Tuduhan. Kecewa Premis Dirosakkan

428 views

McDonald’s Malaysia meluahkan rasa kekecewannya atas kejadian vandalisme di beberapa premis mereka yang dikatakan mengancam para pekerjanya ekoran dari gesaan pelbagai pihak untuk memboikot syarikat tersebut.

Mereka sekali lagi menegaskan yang mereka tidak menyalurkan sebarang hasil jualan, keuntungan atau yuran francais untuk menyokong apa-apa sebab politik atau kepada mana-mana bahagian di dunia.

“Nilai-nilai teras kami ialah menjalankan perniagaan kami secara beretika dan dan dengan standard tertinggi. Tidak ada apa-apa kebenaran dalam dakwaan di internet yang mencadangkan sebaliknya. Setakat ini, terdapat kesan yang minima kepada perniagaan kami dan kami komited untuk berkhidmat kepada pelanggan-pelanggan kami dan memberi balik kepada masyarakat sebagaimana yang kami buat untuk 30 tahun yang lepas di Malaysia,” kata syarikat itu di dalam satu kenyataan media.

McDonald’s Malaysia turut menafikan berita yang tersebar di laman media sosial mengenai pemberian burger dan minuman percuma di beberapa masjid terpilih pada hari Jumaat sambil menggesa orang ramai untuk mendapatkan maklumat rasmi melalui laman Facebook rasmi mereka.

Kebanyakkan restoran McDonald’s di Malaysia ketika ini lengang tidak seperti kebiasaannya apabila rakyat Malaysia bersatu tidak mengira bangsa dan agama untuk memboikot jenama yang banyak dikaitkan dengan pemberian dana kepada puak zionis ini.

Esok (8 Ogos 2014) bermula jam 7 pagi sehingga jam 7 pagi keesokan harinya merupakan hari penganjuran boikot besar-besaran restoran ini di seluruh Malaysia seperti yang digesa pelbagai pihak. Apapun terpulang kepada anda untuk mengambil bahagian atau mempunyai sebab anda yang tersendiri.

Post by Oh! Media.

Tags: #Dirosakkan #Kecewa #Malaysia #McDonald's #nafi #Premis #Terus #Tuduhan.