Maut Dilanggar Pemandu Mabuk

455 views

 

Maut Dilanggar Pemandu Mabuk|Seorang penghantar surat maut selepas motosikal jenis Yamaha 125 ditunggangnya dirempuh sebuah kereta jenis BMW yang dipandu oleh seorang lelaki yang dipercayai dalam keadaan mabuk di persimpangan lampu isyarat Jalan Tanah Putih-Jalan Wong Ah Jang, Kemunting, di sini hari ini.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 3.30 pagi itu, mangsa, Mohd. Nazreen Bahari, 24, yang berasal dari Kampung Jawa, dekat sini meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepalanya.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, pemandu kereta BWM yang berusia 44 tahun dan berasal dari Indera Indera Mahkota 1, dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) kerana cedera di bahagian kepala.

“Siasatan awal mendapati kereta itu yang menghala ke Gambang, dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar mangsa yang berhenti di persimpangan lampu isyarat kerana lampu merah.

‘’Kereta itu kemudiannya terbabas ke kiri jalan lalu merempuh sebuah kedai yang menjual kenderaan terpakai dan mengakibatkan empat kenderaan didalam kedai itu rosak,’’ katanya.

Tags: #Dilanggar #Maut #pemandu mabuk