Mati tercekik oleh “Anu” Terlampau besar

2274 views

Mati tercekik oleh “Anu” Terlampau besar|Richard Henry Patterson telah didakwa di mahkamah Florida atas tuduhan membunuh teman wanitanya Francisca Marguinez. Suasana di mahkamah menjadi kecoh apabila dia mempertahankan dirinya dengan alasan yang sangat mengejutkan.

Menurutnya Francisca meninggal dunia kerana tersedak atau tercekik oleh zakarnya yang didakwanya sangat besar, semasa melakukan oral seks.

Akibat tidak puas hati kerana dituduh berbohong oleh mahkamah, Richard bersedia menunjukkan alat sulitnya di dalam mahkamah. Menurutnya akibat saiz zakarnya yang sebesar gajah mammoth, Francisca tersedak lalu meninggal dunia.

Peguambelanya Ken Padowitz meminta kebenaran hakim untuk membenarkan Richard menunjukkan alat sulitnya di hadapan para juri, peguam dan bailif.

Walau bagaimanapun, ia tidak dipersetujui. Maka Encik Padowitz pun mencadangkan supaya acuan zakar Richard dibuat supaya para juri dapat melihat saiz ‘mammoth’ Richard.

Richard mengakui yang zakarnya telah membunuh Francisca, tetapi menafikan dia sengaja melakukan pembunuhan menggunakan zakarnya sehingga terpaksa menghadapi tuduhan jenayah kelas dua. Jika didapati bersalah dia boleh dihukum penjara seumur hidup.

Richard dan Francisca sudah menjalin hubungan selama empat bulan apabila kejadian malang tersebut berlaku pada bulan Oktober 2015. Dia telah ditangkap pada bulan November selepas polis menemui mayat reput Francisca, apabila Richard menghubungi peguamnya lalu menyuruhnya menghubungi polis untuk pergi ke rumah Francisca.

Polis mendapati mayat Francisca meniarap di atas katil dikelilingi oleh tisu-tisu mengandungi air mani. Malangnya, akibat terlalu reput, doktor tidak dapat mengenalpasti punca kematian Francisca.

Polis mendapat tahu selepas Richard mengirim mesej kepada anak perempuan dan seorang temannya yang mendakwa dia ‘melakukan sesuatu yang buruk dan sangat menyesal.’

Perbicaraan ini mengambil masa sehingga dua tahun untuk diselesaikan. Pada bulan Mei 2017 selepas juri berbincang selama lima jam, akhirnya Richard dibebaskan atas tuduhan tersebut

Tags: #Mati tercekik oleh "Anu" Terlampau besar