Mati Rebut Kawasan Edar Dadah Di P. Pinang

562 views

Tasek Gelugor – Dendam lama dan perebutan kawasan menjual dadah dipercayai punca seorang lelaki warga Myanmar maut ditetak sekumpulan lelaki dalam kejadian di Ladang Malakof, Pokok Machang, Tasek Gelugor, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 1 pagi itu, mangsa berusia lingkungan 30-an ditemui mati dengan kepalanya terbelah manakala kedua-dua tangan hampir putus.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, siasatan awal mendapati suspek berang kerana mangsa menguasai kawasan berkenaan dengan menjadi pengedar dadah kepada rakan senegara mereka.

Beliau berkata, ketika kejadian, mangsa bersama seorang lagi rakan didatangi kumpulan lelaki terbabit yang bersenjata tajam.

“Rakan mangsa bagaimanapun sempat melarikan diri dan meminta bantuan penduduk kawasan itu,” katanya. – myMetro Online

Tags: #Dadah #edar #Kawasan #Mati #Pinang #Rebut