Mat Yo Jadi Gurauan Di Internet, Turut Dilelong RM2 Di Mudah?

670 views

Tidak cukup dengan bermacam-macam gambar direka di laman sosial untuk mengecam penyerang Johor Daruk Ta’zim (JDT), diri pemain itu turut menjadi jualan di laman web mudah.com.my dengan harga hanya RM2.

Penulis beranggapan gambar yang tersebar sebenarnya diedit oleh pihak tertentu seperti pemain itu yang dikenali sebagai Mat Yo seperti dilelong murah betul-betul di internet.

Mynewshub.cc cuba mencari di laman web jualan internet itu untuk nama Mat Yo tetapi gagal membuktikan ia perbuatan nakal pihak tertentu memalukan Mat Yo dalam nada bergurau.

Rata-rata pengguna media sosial berasa kasihan kepada Mat Yo yang dibahan teruk di internet ekoran kegagalannnya menyempurnakan sepakan penalti dalam penentuan sepakan itu selepas kedududukan terikat 2-2.

Bagaimanapun, perbuatan menghasilkan gambar umpama Mat Yo dijual di internet merupakan penghinaan kepada beliau yang juga pernah beraksi dengan pasukan kebangsaan sebelum ini.

Pasukan JDT tewas malam tadi kepada Pahang, 3-5 dalam penentuan sepakan penalti pada perlawanan akhir Piala Malaysia menyaksikan Pahang terus menyimpan piala keramat itu selepas memenanginya musim lepas.

Kedudukan seri terikat sepanjang 90 minit masa permainan termasuk 30 minit masa tambahan memaksa perlawanan diheret ke penentuan sepakan penalti.

Sepakan Mat Yo diselamatkan oleh penjaga gol Pahang Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid dan kemudian Pahang berjaya menjaringkan penalti kemenangan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: #Dilelong #Gurauan #Internet #jadi #Mudah #Turut