Mat Yo Gagal Ambil Penalti, Peminat Ungkit Kisah Pak Guard

1134 views

Ekoran kegagalan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Norshahrul Idlan Talaha gagal menyempurkan sepakan penalti dalam perlawanan akhir Piala Malaysia malam tadi, beliau menjadi bahan gurauan di internet hari ini.

Para pengguna laman sosial ada yang mengungkit semula kejadian kurang ajar isterinya Siti Aisya ke atas seorang pengawal keselamatan di Terminal Skypark di Subang suatu ketika dahulu.

Kejadian itu yang berlaku pada September tahun lepas menjadi viral ekoran video pergaduhan isteri Norshahrul yang lebih dikenali sebagai Mat Yo tersebar di laman siber.

Di dalam video berkenaan juga kelihatan Mat Yo seakan tidak dapat berbuat apa-apa untuk menghalang keceluparan mulut isterinya yang sanggup mengatakan pegawai keselamatan itu, Azman Nayan, seorang lelaki dayus.

Mynewshub.cc beberapa hari selepas kejadian itu merupakan antara media terawal yang mendapatkan Azman dan ditemubual untuk mendengar penjelasan beliau berkenaan kejadian itu.

Hari ini, kejadian itu dikatakan penyebab atau ‘karma’ kegagalan Mat Yo menyempurnakan sepakan penalti paling penting untuk JDT yang menyaksikan Pahang berjaya menjulang Piala Malaysia buat dua kali berturut-turut.

Pelbagai gambar lucu direka pengguna media sosial untuk menyatakan seolah-olah Mat Yo terkena badi ekoran kejadian bersama Azman itu.

Sepakan lemah Mat Yo berjaya diselamatkan penjaga gol Pahang Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid.

Malam tadi JDT kecundang 3-5 melalui penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 selepas tamat 90 minit masa perlawanan dan masa tambahan.

Mat Yo kelihatan menangis selepas penyokong Pahang berpesta di Stadium Nasional Bukit Jalil sebaik Pahang menyempurnakan sepakan penalti terakhir. – MYNEWSHUB.CC

Tags: #Ambil #Gagal #Gagal Ambil Penalti #Guard #jdt #jdt kalah #Kisah #Mat Yo #Mat Yo tersebar di laman siber #Peminat #Penalti #perlawanan akhir Piala Malaysia #Ungkit