Manfaat Tidur Di Waktu Siang Untuk Kesihatan

1054 views

manfaat tidur disiang hari

Manfaat Tidur Di Waktu Siang Untuk Kesihatan  | Tidur adalah rutin harian yang dilakukan oleh manusia bagi merehatkan diri dan mengembalikan tenaga setelah penat melakukan kerja seharian.

Umum mengetahui, tidur diwaktu malam adalah waktu yang tepat. Bagaimanapun tidur siang juga mempunyai manfaat tersendiri bagi kesihatan.

Berikut adalah 5 Manfaat Tidur Siang Untuk Kesihatan Anda :

Meningkatkan Daya Ingatan

Tidur siang dapat meningkatkan daya ingatan anda terutamanya bagi golongan warga emas. Semakin meningkat umur,mereka lebih cenderung untuk melupakan memori di masa lampau. Mengikut kajian tidur siang sekurang-kurangnya 45 minit dapat  meningkatkan daya ingatan otak anda.

Meningkatkan Produktiviti Kerja

Mereka yang sering keletihan akibat kerja disarankan untuk tidur siang. Ini kerana manfaat tidur siang ialah ia dapat meningkatkan kreativiti dan produktiviti kerja sekaligus memberikan anda idea-idea baru.

Mengubati Insomnia

Tidur siang juga mampu mengubati penyakit insomnia atau nama lainnya ialah gejala susah tidur di malam hari. Insomnia boleh menyebabkan anda tidak dapat menumpukan pada kerja,produktiviti kerja menurun,keletihan dan meningkatkan risiko kecelakaan sekiranya anda memandu. Satu kajian telah dibuat dan mendapati tidur siang boleh membuatkan penderita insomnia menjadi lebih segar. Ini kerana jumlah waktu istirehatnya yang lebih panjang

Menghilangkan Tekanan

Tidur siang hari juga  baik untuk kesihatan kerana ia mampu menghilangkan tekanan anda.

Menyihatkan Jantung

Tidur siang dapat mencegah penyakit jantung. Sekurang-kurangnya tidur selama 20-40 minit setiap hari pada waktu siang akan mengurangi risiko mendapat penyakit jantung dan juga stroke.

sumber-wom.my

Tags: #info kesihatan #kebaikan tidur waktu siang #manfaat tidur disiang hari #tip kesihatan