MANA AYAH ? NOTA SEDIH ANAK ARWAH PEKERJA TNB YANG MERASA KEHILANGAN

1144 views

115

MANA AYAH ? NOTA SEDIH ANAK ARWAH PEKERJA TNB YANG MERASA KEHILANGAN | mana ayah? isi dari pada sebuah nota seorang anak kepada  ayahnya pekerja TNB yang meninggal dunia jumaat lalu.

Hilangnya seorang ayah dimana seorang anak dan isteri tempat bergantung bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk dihadapi,apatah lagi bagi kanak-kanak yang belum mengerti arti sebuah kematian,apa yang pasti, rasa kehilangan anak itu akan tetap ada selagi anak itu tidak tahu apa itu sebuah kematian.

Bayangkan bagai mana perasaan seorang ibu yang menghadapi dua perkara ini dalam satu masa,lebih menyedihkan apabila si anak asik bertanya mana ayah? bila ayah pulang mak? yang jelas pertayaan itu hanya akan berjawab dengan linangan air mata.

IMG-20150307-WA0025-1

Situasi inilah yang dihadapi oleh isteri Mohd Zaidi Mohd Shariff, 35, juruteknik Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang meninggal dunia di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur petang Jumaat lalu.nota yang ditulis anak itu menambah lagi kesedihan yang mengunjungi keluarga arwah,walau perkataan dalam nota tersebut tidak berapa jelas namun dari ayat ayat yang ditulis oleh anak arwah tidak susah untuk kita menebak bahwa ia adalah satu luahan perasan kehilangan dan juga rindu yang teramat sangat kepada ayahnya..

Yang paling menyedihkan hati adalah tulisan yang berbentuk pertanyaan dimana ayah? diikuti dengan gambar hati yang melambangkan anak itu sayang pada ayahnya,mana kala catatan nota sekeping doa semoga ayah sihat, kami sekeluarga sayang ayah,anak-anak ayah sayang ayah,i love you ayah,dan terima kasih.di sudahi dengan nama yang menamakan dirinya wani, serta gambar kecil seorang ayah yang memeluk  dan mendukung anaknya yang mungkin gambar itu adalah situasi anak itu didukung arwah ayahnya ketika bersama dulu.

IMG-20150307-WA0026

sedih..malah mana-mana ibu pasti akan mengalirkan air mata membaca nota anak yatim ini namun berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Sama-samalah kita doakan, semoga keluarga arwah tabah menghadapi ujian Allah ini.

Allahyarham Mohd Zaidi merupakan mangsa terakhir yang maut akibat letupan di pencawang elektrik di Taman Tan Yew Lai, Jalan Klang Lama, 23 Februari lalu. Sebelum itu dua rakan sekerja arwah iaitu Mohd Ruzairi Razali, 34 dan Norizan Abdullah, 59, meninggal dunia pada 25 Februari dan 1 Mac lalu selepas melecur akibat terkena percikan api ketika proses pensuisan dibuat usai kerja penyelenggaraan.

alfatihah pada mangsa..bismillahirrohmanirrohim

 

Tags: #MANA AYAH #NOTA SEDIH ANAK ARWAH PEKERJA TNB #NOTA SEDIH ANAK PEKERJA TNB #pekerja TNB yang meningga

loading...