MALAYSIA DIRAMAL BAKAL DILANDA MUSIM PANAS MINGGU DEPAN PUNCA FENOMENA EKUINOKS

cusca

MALAYSIA DIRAMAL BAKAL DILANDA MUSIM PANAS MINGGU DEPAN PUNCA FENOMENA EKUINOKS | Bermula minggu hadapan Malaysia diramal akan berhadapan dengan musim panas sehingga bulan april ini berikutan fenomena Ekuinoks adalah punca

Menurut rujukan kami di blog falak Online fenomena ini berlaku 2 kali setahun iaitu setiap bulan Mac dan September, yang mana pada saat tersebut, matahari berada tepat di atas garisan khatulistiwa dengan kata lain tegak di atas kepala dengan suhu paling panas terutamanya negeri di semenanjung.

Berdasarkan Falak Online, Semua tahu paksi bumi condong sebanyak 23.5 darjah. Ketika ia mengelilingi matahari, ada ketikanya paksi bumi akan berada tegak (relatif kepada kedudukan matahari). Maka pada ketika itu, berlakulah fenomena ekuinoks.

“Secara umumnya, ekuinoks pada bulan Mac akan menandakan bermulanya musim bunga bagi negara-negara di hemisfera utara, manakala bagi negara di hemisfera selatan, ia menandakan bermulanya musim luruh.”

“Dalam fenomenan ini matahari akan kelihatan lebih awal pada waktu pagi dan terbenam agak sedikit lambat walaupun titik tengah matahari sudah pun berada di bawah ufuk, bentuk ‘bulat’ matahari masih lagi kelihatan beberapa minit selepas itu.”

Menurut blog tersebut apabila hilangnya matahari di ufuk, ia menandakan waktu terbenam matahari dan juga menunjukkan masuknya waktu Maghrib. Ketika itu cahaya di langit masih terang. Hanya apabila menjelang Isya’ sahaja, barulah cahaya kemerahan di langit hilang dan langit menjadi hitam. Itu adalah kesan cahaya matahari yang diserakkan oleh atmosfera kita.

“Katakan waktu matahari terbenam ialah pada jam 7.30 petang, ‘malam’ sebenar hanya bermula pada jam lebih kurang 8.40 malam, iaitu lebih sikit dari 1 jam selepas matahari terbenam.”

cusca

Berdasarkan ramalan oleh portal cuaca, AccuWeather pula, bacaan suhu di beberapa bandar utama di Malaysia mulai 25 Februari ini mencecah 36 darjah Celcius dan boleh mencecah sehingga 38 darjah Celcius untuk negeri-negeri tertentu.

Suhu 38 darjah Celcius adalah bersamaan dengan suhu purata pada awal musim di Mekah, Arab Saudi dan cuaca normal di Malaysia adalah 34 darjah Celcius dan lebih daripada itu dianggap sebagai cuaca panas luarbiasa.

Sementara itu, Pakar Klimatologi dan Oseanografi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Fredolin Tangang berkata, cuaca panas di Malaysia waktu ini turut disebabkan oleh Monsun Timur Laut yang hampir berakhir. Siakapkeli.com.my

Tags: #cuaca panas di malaysia #malaysia bakal dilanda musim panas #musim panas di malaysia minggu depan #musim panas dimalaysia minggu depan #punca cuaca panas di malaysia