Makanan Cepat Habis, Rupanya Ada ‘Penghuni’ Lain

490 views

Tinggal di sebuah apartment di Kota New York, Joe Cummings berasa aneh apabila terdapat makanan ringannya yang hilang dan terasa seperti sedang diperhatikan ketika berada di rumah.

Naluri ingin tahunya membuatkan Joe memasang kamera di bahagian dapur bagi menyaksikan sendiri apa yang sebenarnya sedang berlaku.

Alangkah terkejutnya, ketika menyaksikan kembali rakaman, dia melihat kelibat seorang wanita turun dari lubang pengudaraan bahagian atas apartmentnya.

Wanita kusut masai yang kelihatan sudah biasa dengan sekeliling dapur rumah Joe, muncul dari bahagian atas bahagian pengudaraan dan mencapai sebuah kerusi lalu turun ke lantai.

Dia mundar-mandir dan mencapai beberapa makanan, malahan sempat kencing di sinki dapur.

Dalam rakaman tersebut, wanita tersebut lari menyembunyikan diri ketika Joe memasuki dapur dan keluar kembali setelah Joe beredar.

Terkesima melihat rakaman ‘penghuni’ tidak dijemput yang berada di bahagian pengudaraan pangsapurinya, Joe terus menghubungi polis.

Ujar Joe, dia tidak mengenali wanita tersebut dan pelik tentang keberadaannya di ruangan atas apartmentnya kerana bahagian itu tidak bersambung dengan mana-mana bahagian lain di apartmentnya.

Meremang juga kan kalau dapat tahu ada penghuni lain dalam rumah sendiri. Dalam kes ini, Joe bernasib baik kerana penghuni itu sememangnya manusia! – Webberita | Terkini via MYNEWSHUB

Tags: #‘Penghuni’ #Cepat #Habis #Lain #MAKANAN #Rupanya