Makan Kuaci Boleh Kurangkan Keinginan Beronani

608 views

Makan Kuaci Boleh Kurangkan Keinginan Beronani|Tahukah anda bahawa ketagihan terhadap onani merupakan suatu masalah kesihatan dan diketahui akan meninggalkan kesan buruk kepada fizikal dan mental seseorang.

Masalah mati pucuk, jumlah sperma rendah dan cepat lelah merupakan antara masalah kesihatan yang berpunca daripada aktiviti onani secara keterlaluan.

Pelbagai pendekatan yang dapat membantu mengurangkan keinginan beronani antaranya melakukan senaman yoga, membaca buku serta mengemas rumah.

Laporan jurnal kesihatan Ayurvedic Remedies, mendapati amalan pengambilan makanan tertentu juga dapat menghindari otak dan tubuh daripada keinginan seksual itu.

“Biji bunga matahari atau kuaci dipercayai dapat mengatasi hasrat beronani secara berlebihan. Ia mengandungi magnesium yang diketahui dapat memberi kesan tenang kepada otak.

“Kacang tanah juga antara makanan yang dapat membantu mengatasi masalah ketagihan beronani,” kata salah seorang penulisnya, Peter Filinovich.

Untuk pengetahuan anda, biji bunga matahari atau kuaci merupakan salah satu sumber vitamin E yang sangat baik. 60 gram biji bunga matahari tanpa kulit memenuhi keperluan tubuh bagi mendapat vitamin E setiap hari.

Tags: #beronani #Boleh #keinginan #kuaci #Kurangkan #makan