Makan Donut Dan Corak Cara Tidur Antara Penyebab Lelaki Jadi Mandul

748 views

donutPermakanan bukan sahaja memainkan peranan dalam kesihatan, malah turut mempengaruhi pembiakan.

Kajian kesihatan yang diterbitkan tahun lepas dalam Human Reproduction menunjukkan bahawa lelaki yang mengamalkan diet permakanan yang tinggi kandungan lemak mungkin tidak alami masalah dari segi sperma namun keturunan mereka bakal alami masalah kemandulan.

Dalam erti kata lain, jika anda amalkan makan makanan berlemak seperti donut, kemungkinan besar anak anda dan cucu anda alami risiko kemandulan.

Beberapa kajian menunjukkan bahawa lelaki yang mengamalkan makanan berlemak alami kiraan sperma lebih rendah.

Bukan sahaja permakanan yang mempengaruhi faktor kemandulan malah corak tidur yang tidak menentu turut mempengaruhi. Lelaki yang tidak cukup tidur lebih cenderung mandul berbanding mereka yang cukup tidur.-mummynemo.com