Lucu Ada,Sedih Pun Ada apabila lelaki Mangsa Banjir Terpaksa Pakai Baju Kurung

bj1

 

Lucu Ada,Sedih Pun Ada apabila lelaki Mangsa Banjir Terpaksa Pakai Baju Kurung | Lucu ada, sedih pun ada apabila membaca status dan gambar yang dikongsikan oleh Ustaz Rosli menerusi akaun Facebook Khalil Yunus.

Alkisahnya, sewaktu sesi pengagihan makanan kepada mangsa-mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Othman Talib (1) Tendong di Pasir Mas, tiba-tiba datang beberapa individu berbaju kurung.

Mereka berlari pantas untuk mengambil bekalan makanan yang diagihkan.

Namun, apa yang mengejutkan, individu yang berbaju kurung itu rupa-rupanya LELAKI. Haha!

 


Bak kata orang, kalau sudah terdesak, apa saja pun sanggup disarung ke tubuh.

Itu lebih baik daripada menahan kesejukan akibat pakaian yang sudah basah lencun dek air bah.

Pada masa yang sama, Ustaz Rosli turut memberitahu masih banyak pusat pemindahan masih kekurangan bekalan makanan kerana kesukaran untuk menghantar bantuan melalui jalan darat. – MYNEWSHUB.CC

Tags: #askar bantu banjir di manik urai #gambar lelaki mangsa banjir pakai baju kurung #lelaki mangsa banjir pakai baju kurung #lelaki pakai baju kurung #lelaki pakai baju kurung banjir #lelaki pakai baju kurung waktu banjir #lelaki pakai banju kurung #mangsa banjir berbaju kurung #mangsa banjir kekurangan baju #mangsa banjir lelaki pakai baju kurung #mangsa banjir pakai baju kurung #mangsa banjir yang kekurangan banju