Luahan Sayu Sufian Bikin Natizen Sebak

438 views

Luahan Sayu Sufian Bikin Natizen Sebak|Penyanyi Sufian Suhaimi yang kembali berstatus solo selepas musnahnya pertunangan dia dengan Elfira Loy tidak pernah kesal mengenali wanita berkenaan yang dipanggilnya sayang.

Sufian, 25, dalam satu kapsyen yang ditulis semula pada gambar bertarikh 7 Oktober 2017 menceritakan bahawa detik pertunangan bersama Elfira adalah hari terbaik dalam hidupnya.

“Definitely one of the best day in my life. I never regret knowing you, love. (Sudah pasti, satu daripada hari terbaik salam hidup saya. Saya tidak pernah menyesal mengenalimu, sayang (6 Oct 2017)”, tulisnya.

Status itu diubah selepas hubungan pertunangan mereka disahkan putus dan cincin pertunangan sudah dipulangkan oleh keluarga Elfira.

Sufian ubah status selepas hubungan disahkan putus

Sementara itu, Elfira sudah memadam semua foto sekwatu dia bersama Sufian termasuklah gambar-gambar semasa detik terindah pertunangan mereka.

Namun Sufian tetap menyimpan sekeping foto kenangan ketika majlis pertunangan mereka di Instagram.

Dalam pada itu aktres drama Separuh Jiwaku ini ada memuat naik sekeping foto dengan kapsyen sedih pada Selasa.

“Saat kau merasa jatuh, saat itu Allah sedang menangkapmu. Saat kau merasa sedih, saat itu Allah sedang memelukmu. Saat kau merasa hampa, saat itu Allah sedang mengisimu. Saat kau merasa sepi, saat itu Allah datang kepadamu.

“Saat kau merasa sakit, saat itu Allah mengubatimu,” tulis Elfira yang mana kapsyen itu menerima lebih 1,000 komen.

Elfira muat naik status sedih tentang pertunangannya.

Rata-rata netizen tidak melepaskan peluang meninggalkan komen sedih dan memberi kata-kata semangat kepada pasangan berkenaan.

Pada Sabtu lalu, ibu kepada Elfira iaitu Filzah Yusoff, 52, mengesahkan ikatan pertunangan di antara anak perempuannya dengan Sufian sudah berakhir dan pihak perempuan sudah memulangkan cincin pertunangan di rumah keluarga Sufian di Muar, Johor pada Ahad lalu.

Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober 2017 dan sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada Mac ini.

Pada majlis pertunangan berkenaan mereka mengenakan dua persalinan masing-masing untuk majlis pertunangan dan juga sidang media.

Tags: #Elfira #luahan sayu #putus tunang #Sufian suhaimi