Liga Perdana Inggeris : Chelsea belasah Burnley 3-1

465 views

BURNLEY, England: Diego Costa menjaringkan gol hanya selepas 17 minit beraksi untuk kali pertama manakala Cesc Fabregas dua kali membantu mencipta gol ketika Chelsea memulakan kempen Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan 3-1 ke atas Burnley.

Pasukan tuan rumah diberikan bayangan kekalahan apabila Scott Arfield meletakkan Burnley di depan pada minit ke-14.Costa menunjukkan mengapa Chelsea membelanjakan 32 juta pound untuk membawa beliau dari Atletico Madrid apabila menyamakan kedudukan tiga minit kemudian.

Fabregas kemudian melorongkan bola kepada Andre Schuerrle pada minit ke-21 untuk pemain Jerman itu menjadikan kedudukan 2-1.Fabregas kemudian menghalakan sepakan sudut pada minit ke-34 untuk Branislav Ivanovic merembat masuk ke gawang.- AP

Liga Perdana Inggeris

Tags: #Belasah #Burnley #Chelsea #Inggeris #Liga #Perdana