Liga Juara-Juara Eropah : Barcelona 1-1 Atletico

416 views

MADRID: Barcelona bangkit selepas ketinggalan untuk mengikat Atletico Madrid 1-1 dalam perlawanan suku akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah, sebentar tadi.

Pertemuan dua kelab dari Sepanyol di Stadium Camp Nou itu nyata sengit apabila penyerang Atletico, Diego Ribas meledak pada minit ke-56.

Barcelona

Bintang Brazil, Neymar bagaimanapun memberi sedikit kelegaan kepada tuan rumah menerusi gol penyamaan pada minit ke-71.

Barca yang kini menguasai La Liga Sepanyol gagal menambah jaringan sehingga tamat permainan dengan Atletico memiliki kelebihan satu gol di tempat lawan pada perlawanan kedua, Rabu depan. -BH

Tags: #Atletico #Barcelona #Eropah #JuaraJuara #Liga