Lepas Kebas Duit, Pencuri Sempat Tinggalkan Nota ‘Sorry’

605 views

sorryALAHAI… macam-macam. Mungkin ‘dijentik’ rasa serba salah, seorang pencuri bertindak meninggalkan nota memohon maaf sebelum melarikan wang tunai sebanyak RM300 milik seorang warga emas di Sibu, Sarawak.

Nota yang tertera perkataan ‘sorry‘ itu ditulis pada pita pelekat dan kemudian ditampal pada lesen memandu milik mangsa tersebut sendiri.

 

soMemetik laporan akhbar Borneo Post, mangsa pada awalnya tidak menyedari mengenai kehadiran nota tersebut.

Bagaimanapun, mangsa kemudian menyedari nota pencuri itu selepas membuat laporan polis kerana menyangka lesen memandu miliknya turut dikebas.

Difahamkan, semasa kejadian, mangsa yang tidak didedahkan identitinya itu sedang tidur manakala, pintu pagar rumahnya pula tidak berkunci.